Amerika menyerang Syria; Atas alasan negara Syria menyimpan saki-baki pejuang Islam dari Iraq serta menjadi pusat pengedaran senjata bagi pejuang-pejuang Iraq. Hal ini sudah lama dibangkitkan oleh Amerika semenjak mereka menjadi negara penakluk Iraq. Kemasukan/Penaklukan Amerika ke Syria amat mudah disebabkan bersempadan secara terus dengan negara Iraq. Penaklukan Syria umpama “pancing 1, dapat 2″ yang bermaksud, setelah mereka menyerang Syria, Lubnan sudah tentu hampir dikuasai disebabkan faktor geografik negaranya yang dilingkungi oleh negara Syria dan juga bersempadan dengan wilayah Palestin yang di bawah jajahan Israel. Rujuk Rajah 1.0 bagi melihat muka bumi negara-negara yang disebutkan. Syria juga dikatakan tempat turunkan Nabi Isa A.S. dan akan turun di Masjid Al-Umawi, Damsyik, Syria.
Rajah 1.0 |
Amerika menyerang Iran; Perkara ini sudah diketahui umum berikutan dengan keengganan Iran untuk menghentikan operasi loji janakuasa nuklearnya. Amerika kononnya menganggap Iran sebagai sebuah negara “Axis of Evil”. Iran telah dikenakan pelbagai jenis sekatan ekonomi secara berperingkat termasuk yang terbaru pada Oktober 2007. Rujuk Department of Treasury tentang sekatan ekonomi tersebut. Sekatan-sekatan tersebut kononnya adalah disebabkan “Pengayaan” Loji Nuklear serta tuduhan ke atas Iran yang menjadi pembekal senjata kepada pejuang-pejuang Iraq dan Lubnan. Kempen untuk menidakkan sekatan ekonomi yang dikenakan oleh Amerika juga telah dilaksanakan oleh Iran dan boleh rujuk di sini.
Turki menyerang Iraq; Disebabkan perbalahan dengan puak Kurdish sejak dari zaman berzaman (isu tuntutan sebahagian wilayah Turki oleh puak Kurdish).
Amerika menyerang Saudi Arabia; Saya tidak dapat berikan pendapat lebih lanjut. Berkemungkinan kerana Saudi Arabia ialah negara yang terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat bagi seluruh umat Islam sedunia. Akan tetapi, saya tidak pasti tentang serangan ini kerana apa yang saya tahu, Amerika ialah sekutu kuat Saudi Arabia berikutan usahasama pemprosesan minyak yang dilakukan oleh syarikat Amerika. Usahasama ini telah membentuk sebuah syarikat bernama Aramco (Arabian American Oil Company) yang ditubuhkan pada tahun 1933 dan sekarang bergelar Saudi Aramco. Berkemungkinan besar, As-Sufyani tersebut ialah seorang Islam yang bersekutu dengan Amerika. Beliau dipercayai akan muncul di Yaman, mempunyai tubuh badan yang gemuk, muka yang agak berisi dan mempunyai tompok putih di salah satu matanya. Seorang yang kejam kerana gemar membunuh kanak-kanak dan mengerat perut wanita. Rujuk di sini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan As-Sufyani.
Russia menyerang Turki; Maaf, saya sendiri tidak tahu sebab-sebab kenapa Russia hendak menyerang Turki (belum pernah lagi mendengar akan kronologi Turki ini). Berkemungkinan bukannya diserang oleh Russia sendiri, akan tetapi mungkin diserang oleh salah sebuah negara serpihan Russia. Barangkali Chechnya? Adakah terdapat kaitan di antara sekularisma bawaan Turki dengan dendam puak Islam Chechnya? Wallahualam, sekadar pendapat sahaja dan saya belum lagi membuat sebarang kajian tentang perkara ini. Masih terlalu baru untuk mengandaikan apa-apa perkara. Sedikit maklumat yang jumpa di dalam wikipedia:
In 1783, Russia and the eastern Georgian kingdom of Kartl-Kakheti (which was devastated by Turkish and Persian invasions) signed the Treaty of Georgievsk, according to which Kartl-Kakheti received protection by Russia. In order to secure communications with Georgia and other regions of the Transcaucasia, the Russian Empire began spreading its influence into the Caucasus mountains. The current resistance to Russian rule has its roots in the late 18th century (1785–1791), a period when Russia expanded into territories formerly under the dominion of Turkey and Persia (see also the Russo-Turkish Wars and Russo-Persian War, 1804-13), under Mansur Ushurma—a Chechen Naqshbandi (Sufi) Sheikh—with wavering support from other North Caucasian tribes. Mansur hoped to establish a Transcaucasus Islamic state under shari’a law, but was ultimately unable to do so because of both Russian resistance and opposition from many Chechens (many of whom had not been converted to Islam at the time). Its banner was again picked up by the Avar Imam Shamil, who fought against the Russians from 1834 until 1859. |
(Atau) mungkin juga Russia menyerang Turki kerana Turki menjadi pusat berlabuh tentera Amerika (untuk menyerang Iran, lagipun Russia ialah sekutu kuat bagi Iran) seperti yang berlaku pada perang Iraq di mana Kuwait memberi bantuan kepada Amerika sebagai pusat berlabuh dan perancangan strategik. Dan Russia menyerang Turki kerana Russia mula merasakan negara mereka bakal diganggu gugat oleh Amerika berikutan lokasi Turki yang cukup hampir dengan bahagian selatan negara Russia (kawasan di atas Laut Caspian). Berkemungkinan juga, Amerika telah memulakan serangan skala kecil ke kawasan Russia samada secara sengaja atau tidak dan serangan tersebut dimulakan dari lokasi strategik Amerika di Turki yang menjadi penyebab kepada serangan Russia ke atas Turki.
(Atau) serangan Russia ke atas Turki juga besar kemungkinan dilakukan oleh penduduk Chechnya (wilayah Russia) yang sudah lama mempunyai semangat tinggi dalam menentang masyarakat kafir. Mereka menyerang Turki kerana Turki telah memberi kemudahan kepada Amerika. Rujuk rajah di bawah tentang lokasi Chechnya dengan negara Turki:
Penduduk Khurasan akan berperang; Peristiwa perang masa hadapan di wilayah Khurasan ini masih menjadi tanda tanya beberapa pengkaji. Saya andaikan wilayah ini sebagai wilayah kebangkitan Islam secara lebih berani bagi kawasan yang telah diserang Amerika iaitu Iran (berpandukan kepada kronologi urutan tersebut) dan Afghanistan yang telah diserang semenjak tahun 2001. Rajah 1.1 ialah peta wilayah jajahan pada zaman khalifah Abbasid manakala Rajah 1.2 pula ialah kawasan yang saya tandakan sendiri berdasarkan pemetaan dari Google Earth (anggaran sahaja). Rajah 1.3 ialah salah sebuah Masjid yang terletak di Herat, Afghanistan dan dikenali sebagai Masjid Jami. Masjid ini juga diberi gelaran “Pearl of Khorasan” oleh penduduk tempatan.
Rajah 1.1 |
Rajah 1.2 |
Rajah 1.3 |
Phase 1 ini sebenarnya menerangkan rentetan peristiwa sehingga mewujudkan sebab kepada perlunya kemunculan Imam Mahdi. Kesimpulan dari Phase 1 ini, Imam Mahdi muncul kerana:
- Iran diserang
- Turki diserang
- Amerika menyerang
- Saudi Arabia (Mekah dan Kaabah) diserang
- Russia menyerang
- Luka/Dendam lama berdarah kembali iaitu penduduk Khurasan (Iran dan Afghanistan) berani bangkit untuk menyerang Amerika.
- Kejahatan As-Sufyani berleluasa (berkemungkinan di bawah arahan Amerika).
Maka, “Kesatuan Islam” peringkat pertama bermula. Kenapa kesatuan? Ini adalah kerana, ada juga pendapat mengatakan bahawa Mahdi bermaksud sebuah sistem kebangkitan dan penyatuan umat Islam dalam memerangi musuh Islam dikala umat Islam berada dalam keadaan tertekan peringkat paling hyper. Saya 50/50 berkenaan hal “Kesatuan Islam” tersebut kerana saya tetap percaya bahawa Imam Mahdi adalah juga seorang individu (kerana wujudnya istilah seperti Mahdi Kubra/Besar di kalangan masyarakat Islam). Saya akan berikan pendapat bagi Phase 2 dan 3 di lain waktu. Terlalu banyak buat masa ini. Sebenarnya, banyak lagi rentetan peristiwa yang akan berlaku selain yang tidak dinyatakan dalam Phase 1 sebagai contoh:
- Pemuda/Putera Bani Tamim (Perintis kepada jalan Imam Mahdi)
- Pemuda/Putera Bani Hasyim
- Kemunculan Harith Al-Haras (seorang lelaki dari negara belakang sungai yang akan menjadi juru pandu kepada Imam Mahdi kerana beliau seorang yang amat memahami latarbelakang setiap negara Arab)
- Tujuh Wazir (Pemuda Bani Tamim atau PBT merupakan salah satu dari wazir tersebut).
- (Senarai ini kemungkinan wujud di antara mana-mana Phase): Fenomena Alam dan Angkasa; perihal 21hb Disember 2012, Pole Shift, Solar Storm, Photonic Belt Entry, kepupusan lebah secara mendadak (rantaian makanan), peralihan zaman constellation/zodiac, kemasukan ke dimensi 4 (cakra manusia terbuka secara total), pembukaan stargate oleh yahudi (lebih tepat lagi, Freemason) menggunakan kaedah serbuk/cecair tembaga dan piramid (bagi kemasukan The Beast, binatang Dabbah, Yakjuj dan Makjuj) dan lain-lain.
Ucapan Rasulullah SAW tentang Bani TamimHadith Nabi SAW : ” Sesungguhnya Bani Tamim itu mempunyai kekuatan jiwa yang hebat, tetap pendirian dalam mempertahankan prinsip. Mereka juga adalah pembela kebenaran diakhir zaman”Sabda Nabi SAW: ” Bani Tamim merupakan golongan dari umatku yang amat memusuhi Dajjal” |
Popularity: 67% [?]
No comments:
Post a Comment