Saturday, May 30, 2009

Ulama Yang Tegas Dengan Hukum dan Adab-adab Menuntut Ilmu - Bahagian 1


Kesempatan kali ini, ingin ambo siarkan biografi salah seorang dari guru amo iaitu al-Mukarram Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki. Biografi ini sebenarnya telah banyak tersebar di internet namun ambo letakkan juga sebagai penghormatan ambo kepada guru ambo yang dikasihi ini. Dan ambo tambahkan sedikit maklumat baru selain daripada apa yang terdapat didalam kitab beliau. Biografi dan sanad ilmu beliau boleh di dapati dari kitab beliau seperti Hadits Musalsal, Ma'lumaat Tahammuk Haul Asbab Ikhtilaf Baina Fuqaha’ dan al-Awaail wa al-Awaakhir wa al-Asaanid.

Biografi ini agak panjang, maka ambo pecahkan kepada dua iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua.

BIOGRAFI TUAN GURU SYAIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI حفظه الله تعالى

Lahir: Al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib حفظه الله dilahirkan pada tanggal 1 September 1960M di sebuah desa yang bernama Harus di Amuntai, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Anak ketiga dari tujuh bersaudara. Lahir dari sebuah keluarga yang taat beragama. Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah binti Haji Muhammad Sobri (meninggal dunia pada 1984) adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di Kalimantan Selatan.

Pendidikan: Beliau belajar membaca la-Quran dari nenek beliau, ibu saudara beliau (Rokiah dan Zainab) dan kakak beliau (Ruminah). Manakala perdidikan formal beliau dapati di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di Pondok Pesantren Normal Islam – Rasyidiah Khalidiah - . Pengajian beliau disini tidak lama seluruh keluarga beliau telah berhijrah ke tanah suci Makkah dan menetap disana.

Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di Madrasah Shaulathiah al-Hindiyah [sejarah penubuhan madrasah ini boleh didapati disini] sehingga tahun 1982. Selain itu beliau juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di Masjidiharam dan juga dirumah para masyaikh.

Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz (cemerlang) di Madrasah Shaulathiah. Di samping belajar, beliau juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah mengajarkan kitab Qatrunnada, Fathul Mu'in, 'Umdatussalik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas 'Aliyah.

Beliau merupakan murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani رحمه الله . Dan guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. Tuan guru beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajak beliau untuk menemaninya ke Madinah bagi menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Sewaktu menceritakan pada abuzahrah perihal Tuan Guru yang dikasihinya ini … beliau kelihatan sebak dan matanya kemerahan menahan sedih.

Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada guru-gurunya. Pernah beliau berkata kepada abuzahrah, apa yang beliau nikmati kini adalah hasil dari keberkatan doa para masyaikh yang beliau telah berkhidmat kepada mereka. Dan kini beliau dapati pula apa yang pernah beliau berikan kepada para guru beliau dahulu.

Beliau amat gigih dalam belajar, maka tidak hairanlah kalau beliau mendapat tempat di hati para gurunya. Sebut sahaja ulama' yang ada di Mekah khususnya pasti beliau pernah berguru dengan mereka. Siapa yang tidak mengenali tokoh ulama' yang harum nama mereka disebut orang semisal Syaikh al-Allamah Hasan al-Masyath yang digelar Syaikh-ul-Ulama', Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul Hadits wa Musnidud-dunya, Syaikh Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syaikh Abdul Karim Banjar, Syaikh Suhaili al-Anfanani, as-Sayyid Muhammad bin ‘Alwi al-Maliki, Syaikh Said al-Bakistani dan masih banyak lagi. Kata pepatah arab “cakap sahaja tanpa perlu khuatir”.

Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung sanadnya hingga kepada pengarang, masyaAllah betapa hebat dan beruntungnya umur beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya.

Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat gelar sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma'had 'Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am “Dirasat 'Ulya” pada tahun 1990. Menurut beliau, perpindahan ke Mesir ini adalah kerana beliau dan beberapa orang lagi telah dihalang untuk mengajar pengajian di Masjidilharam kerana ketiadaan tauliah. Dan sekiranya mereka berkeras, maka mereka akan di tangkap oleh pihak berkuasa Saudi. Maka pada ketika itulah guru beliau menyarankan beliau untuk ke Mesir, belajar dan mengajar.

  • Antara guru-gurunya ketika belajar di Mekah adalah adalah:-
  • Syaikhul ‘Ulama al-‘Allamah asy-Syaikh Hasan bin Muhammad bin Abbas bin Ali bin ‘Abd al-Wahid al-Masyath رحمه الله (wafat pada hari Rabu, 7 Syawal 1399H) – Syaikh Nuruddin mengambil dari beliau secara wijadah dan munawalah kebanyakkan karangan beliau seperti Is’aaf ahl al-Iman, Is’aaf ahl Islam, Inarah ad-Duja fi Maghazi Khair al-Wara’, Tuhfah al-Sunniyah fi Ilm al-Faraid’, Nasaih Diniyyah wa Wasaya Hamah’ dan lain-lain. Syaikh Nuruddin juga sering menghadiri perhimpunan di dalam majlis-majlis yang diadakan di Ja’ranah, ‘Arafah, Tan’im dan Madinah. Syaikh Nuruddin menceritakan bahwa beliau sering bersama gurunya al-‘Allamah Syaikh Ismail Utsman Zain berziarah ke rumah al-‘Allamah Syaikh Hasan Masyath pada petang setiap hari Khamis. Mereka akan bersholat Maghrib bersama ulama tersohor ini dan tidak akan pulang melainkan setelah mendapat doa dan nasihat dari al-‘Allamah Syaikh Hasan Masyath. Dari Syaikh inilah beliau mendapat nasihat dan wasiat untuk sentiasa mengamalkan Sholawat Masyisiah.
  • Al-Faqih ad-Darakah al-‘Allamah al-Jalil asy-Syaikh Ismail Utsman Zain al-Yamani al-Makki رحمه الله (wafat 20 Dhulhijjah 1414H) – Syaikh yang banyak mendidik dan mencorak Syaikh Nuruddin. Antara kitab yang dibacakan pada ulama besar ini adalah Umdah as-Salik. Beliau juga meriwayatkan kitab Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan at-Tirmidhi, Sunan Nasai, Sunan Ibn Majah dan lain-lain.




  • Al-‘Allamah al-Jalil, al-Faqih al-Fahhamah asy-Syaikh ‘Abdullah bin Said bin Muhammad Ubadi al-Lahji رحمه الله (wafat di hospital an-Nur, Mekah, jam 10.50 hari Sabtu, 1410H) – dari ulama besar berasal dari Yaman ini, beliau belajar kitab Tafsir Ibn Katsir, Shahih Muslim, Sunan Abu Daud, al-Minhaj, Bulughul Maram, Matan Abu Syuja’, al-Idhoh, al-Qawaid al-Asasiyah dan lain-lain. Telah menjadi kebiasaan Syaikh ’Abdullah Said al-Lahji, selepas selesai pengajian akan bergaul dan beramah mesra dengan murid-muridnya. Beliau akan menceritakan kepada mereka kisah-kisah lucu dan hikayat-hikayat lama yang mana iainya memberi kesan besar ke dalam jiwa murid-murid beliau dan mereka yang mengasihi beliau.

  • Syaikhul Hadits wa Musnidud Dunya al-‘Allamah asy-Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani رحمه الله (wafat 28 Dhulqaedah 1410H) – Syaikh Nuruddin mengambil daripada beliau secara riwayat, ijazah dan wijadah dari kebanyakkan karangan, tsabat dan musalsal beliau.

  • Al-‘Allamah al-Jalil asy-Syaikh as-Sayyid 'Atthas رحمه الله
  • Al-Faqih al-Musyaarik asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad ‘Iwadh al-Yamani رحمه الله (beliau wafat ketika sedang sujud di dalam sholat) – dari ulama besar ini beliau belajar kitab Tarikh al-Adab al-‘Arabi, Shahih al-Bukhari, Umdah al-Ahkam, Muwatho Imam Malik, Misykat dan lain-lain.
  • Syaikh Zakaria Bila al-Indonesia رحمه الله (wafat 1411H) – beliau mempelajari kitab Rawa`iq al-Bayan di dalam mentafsirkan ayat-ayat hukum, Fathul Mujib fi Syarh Manaasik al-Khatib, al-Hala wal Haram oleh al-Qardhawi dan lain-lain.
  • Syaikh Muhammad Syibli al-Banjari رحمه الله – beliau mempelajari Matan al-Ajrumiyah, Matan Bina’, Kailani, Mutammimah, Syarh Mukhtasor Jiddan dan Syarh at-Tahrir.
  • Syaikh Karim al-Banjari رحمه الله - kitab yang dipelajari dari ulama besar ini adalah Riyadhus Sholihin, Penawar Bagi Hati dan sebahagian dari kitab al-Jauhar al-Maknun (ilmu balaghah).- [gambar disebelah kiri]
  • Syaikh ‘Abdul Karim al-Bukhari رحمه الله - kitab sunan at-Tirmidhi sewaktu di Madrasah Shaulatiyah.
  • Syaikh ‘Adnan al-Afnani al-Indonisi رحمه الله - Dari ulama ini beliau belajar kitab Jam’ul Jawami’ (ilmu ushul), asy-Syamail al-Muhammadiyah, Mabadi Ilmu Falak, Syarh as-Syansuri pada Matan Rahbiyah dan lain-lain.
  • Syaikh Saifurrahman رحمه الله – tenaga pengajar di Madrasah Syaulatiyah. Beliau mempelajari darinya kitab Sunan Nasaie dan Tuhfatus Saniyah (nahwu)
  • Syaikh Sahili al-Anfanani رحمه الله – Salah seorang tenaga pengajar di Madrasah Syaulatiyah. Beliau mempelajari darinya kitab Khulashah al-Kalam (ilmu faraid), ilmu hisab, ilmu handasah dan lain-lain.
  • Syaikh Said al-Bakistani رحمه الله - beliau menpelajari darinya ilmu mantiq dan shorof.

Diantara ulama yang beliau mengambil manfaat dari muhadarah, nasihat, taujihad, nadwah, pengajian dan karangan mereka, adalah:
  • Al-‘Alim al-‘Allamah al-Faqih al-Jalil asy-Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf – Mantan Mufti Mesir.
  • Al-‘Allamah al-Muhaddits al-Kabir asy-Syaikh Muhammad Zakaria al-Kandahlawi رحمه الله
  • Asy-Syaikh al-Jalil al-‘Arifbillah al-Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saggaf حفظه الله
  • Syaikh Muhammad Muntashir al-Kattani al-Maghribi رحمه الله. Beliau tinggal di antara Mekah dan Madinah. Kemudian pada tahun 1409 kembali ke Maghribi dan wafat di Rabat Maghribi pada waktu dhuhur, 8 Shafar 1419H. (gambar sebelah)
  • Al-‘Allamah al-Muhaddits al-Habib as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Hasani al-Maliki رحمه الله
  • Al-‘Allamah asy-Syaikh Muhammad Makki al-Hind رحمه الله
  • Syaikh Muhammad Makhluf رحمه الله
  • Al-‘Allamah asy-Syaikh ‘Abdullah bin Hamid رحمه الله
  • Al-‘Allamah al-Kabir, ad-Da’iyah ila Islami asy-Syaikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi رحمه الله
  • Al-Imam al-Akbar asy-Syaikh ‘Ali Jadul Haq رحمه الله
  • Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim رحمه الله
  • Al-Ustaz ad-Doktor asy-Syaikh Muhammad Tayyib an-Najjar رحمه الله
  • Asy-Syaikh al-Jalil ar-Rabbani Muhammad ‘Abdul Wahid رحمه الله
  • Al-‘Allamah al-Kabir asy-Syaikh Abul Hasan ‘Ali an-Nadwi رحمه الله
  • Al-‘Allamah asy-Syaikh al-Faqih ‘Atiyyah Saqr رحمه الله
  • Al-‘Allamah asy-Syaikh Hussin رحمه الله
  • Syaikh ‘Abdul Hafidz al-Hind رحمه الله
  • Al-Ustadz ad-Doktor Ahmad Umar Hasyim حفظه الله,
  • Al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdusshobur Syahin
  • Al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdul Fattah asy-Syaikh,
  • Al-Ustadz ad-Doktor Nashr Farid,
  • Al-‘Arifbillah asy-Syaikh Yusuf Mahyuddin al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi حفظه الله
  • Al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syatiri حفظه الله – mendapat ijazah kitab al-Yaqutun Nafis
  • Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz حفظه الله – membaca sebahagian dari Iqtibasul Anwar Minal Ihya’ dan Kibrit Ahmar oleh al-Habib ‘Abdullah bin Abu Bakar al-Aidarus (Aidarus al-Akbar).
  • Al-‘Allamah Tuan Guru Haji ‘Abdullah Lubuk Tapah رحمه الله
  • Al-‘Allamah Tuan Guru Haji Hasyim حفظه الله
  • Al-‘Arifbillah Pak Su Mid Bukit Tembaga حفظه الله
  • Tuan Guru Baba Hussin Dala رحمه الله, dan ramai lagi.

Kitab-kitab yang dibaca bersama guru-guru beliau. Kitab-kitab yang dibaca bersama para syuyukh beliau, terlalu banyak dan diantara yang beliau ingat adalah:
  • Ilmu fiqih: Mukhtasar Safinahtun Naja, Matan Ghayah wat Taqrib, Umdatus Saalik wa Uddatun Naasik, Minhajut Tholibin, Syatah Tahrir, Syarah Mahalli ’ala Minhaj, Syarah ibn Qasim, Tuhfatul Muhtaj, al-Majmu’, Nihayatul Muhtaj, Mughni al-Muhtaj, Asna al-Mutalib, Fathul Wahhab dan lain-lain.
  • Bab Manasik: Matan al-Idhoh dan Fathul Mujib fi Syarh Manaasik al-Khatib.
  • Bab Faraid: Khulashotul Kalam, Matan ar-Rahbiyah serta syarahnya dan Syarh asy-Syanshuri.
  • Tafsir dan Ulum Tafsir: Tafsir Jalain, Tafsir ibn Katsir, Rawa`iul Bayan, Mandzumah al-Zamzami serta syarahnya, Ulumul Qur’an oleh Syaikh Ismauil Utsman Zain dan al-Itqan.
  • Aqidah: al-Jariidah dan syarahnya, Fathul Majid oleh Syaikh Nawawi Banten, ’Aqidatul Islam oleh al-Haddad, Qawaid al-’Aqaid oleh Imam al-Ghazali dan lain-lain.
  • Hadits: Matn al-Arbain an-Nawawiyah, Bulughul Maram, ’Umdatul Ahkam, Riyadus Sholihin, al-Adzkar an-Nawawiyah, Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan at-Tirmidhi, Sunan an-Nasaie, Sunan Ibn Majah, Misykatul Mashobih, Muwatho Imam Malik, Mukhtasor Ibn Abi Jamrah, asy-Syamail al-Muhammadiyah oleh at-Tirmidhi, Kasyful Ghummah, al-Awail as-Sunbuliyah, Musalsalaat al-Fadani dan lain-lain.
  • Mustholah Hadits: Matan al-Baiquniyah dan syarahnya at-Taqriiraatus Saniyah oleh Syaikh Hasan Masyath, Raf’ul Astar syarah Tholi’atul Anwar, Tadrib ar-Rawi oleh Imam as-Sayuthi, sebahagian dari Muqaddimah Ibn Sholah dan lain-lain.
  • Tasawuf dan Suluk: Bidayatul Hidayah, Minhaajul ’Abidin, Ihya ’Ulumiddin, Mau’izatul Mu’minin, Hikam Ibn ’Athoillah, Iqadhul Himam, Risalah Mu’awanah, Nashoih ad-Diniyah wal Washoya al-Imaniyah, Risalah Qusyairiyah, al-Hadiqatul Aniiqah, Tanwirul Qulub dan sebahagian dari Lawaqihul Anwar.
  • Ushul Fiqh dan Qawaid Fiqh: Idhoh al-Qawaid al-Fiqhiyyah, al-Madkhal ila ’Ilm al-Ushul, Syarah al-Waraqaat, Asyhbah wan Nazair dan Syarah Jam’i al-Jawami’
  • Nahwu dan Shorof: Matan al-Aajurumiah, Syarah Mukhtasor Jiddin, at-Tuhfatus Saniyah, Mutammimah, Qatrul Nada, Syarah Ibn ’Aqil, Syarah Asymuni, al-Qawaid al-Asasiyah, Is’afut Thullab syarah Nazam Qaqaid al-I’rab, Matan Bina, Kalilani dan Matan Maqsud.
  • Balaghah dan Mantiq: al-Balaghah al-Waadhihah, sebahagian dari al-Jauharul Maknun, Matan Isaghuji dan lain-lain.

InsyaAllah akan bersambung bahagian berikutnya ...............

Menziarahi Tuan Guru Haji Hasyim, Pondok Pasir Tumboh, Kelantan


Rauhah Habib Umar sewaktu Multaqo Ulama di Bogor. Kitab yang dibaca adalah Iqtibasul Anwar Minal Ihya. Dan sewaktu Multaqa baru-baru ini di baca kitab Kibrit Ahmar karya Habib Abdullah Al-Aidarus bin Abu Bakar as-Sakran رضي الله عنه


Tempat berlangsungnya rauhah


abuzahrah
sri gombak, 26 Rabiulakhir 1430H/22 April 2009M

No comments:

Post a Comment